Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, December 3, 2010

Bila Kematian Datang Menjemput - Alfatihah

Inalillahhiwaiinnailaihiraji'in
 
Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila? dimana? dan cara yang bagaimana? Sudah tertulis di luh mahfuz tanah kubur kita kat mana. Dan bila tiba saat itu, takkan diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat kematian itu.
 
3-4 hari lepas aku tengok ramai bebenor sedara yang datang rumah jiran sebelah. Rupanya kakak iparnya yang sakit. Hospital dah tolak, so sebagai saudara paling dekat dialah yang bertanggungjawab menjaga kakak iparnya.
 
Sehinggalah rabu lepas dalam kul 6-15 kami di beritahu kakaknya dah meninggal dunia. Innalillahhiwaiinailaihiraji'in.
 
Katanya punca kematian adalah Barah Hati. Baru jer dalam bulan 11 disahkan sakit barah hati tahap kronik. Maknanya bila dah tahap kronik memang takder ubat la. Kalo dari awal lagi dapat detect ok lagi. Masih ada ubat. Tapi redha jer la. Dah memang ajal dia dengan cara macam tu.
 
Yang sedihnya bila saat kematiannya anak dia takder. Masa sakit tu ader la. satu hari sebelum tu dia dah peluk cium anak dia. Anaknya pun kecik lagi, dalam 4 tahun. Tapi semalam sebelum "dijemput" dia cakap nak sangat jumpa anak dia. Tapi tak sempat.
 
Hari ni plak sepatutnya appointment kat Spital Selayang. Tak sempat nak pegi dia dah takder. Barah hati ni 80% dari pesakit ini adalah pengidap Hepatatis B. Patutla baby memang wajib ambik vaksin ni kan?. Baru kini ku tahu. Tapi apapun redha jerla dengan pemergian dia tu. Menangis meratap takder gunanya. Elok lagi sedekah apa yang patut... ada gak faedahnya.
 
Masa aku sampai umah dekat 6-30... dia meninggal 6-15. Patut aku tengok diorang kelam kabut duk nelipon sana sini. Lepas magrib terus sarung baju kurung pegi tengok jenazah. Adik dia ader gak tanya ada dengar bunyi bising tak tadi.. aku cakap takder. Rupanya dia menjerit kesakitan masa tuhan nak cabut nyawa dia tu. Sakitnya nak mati kan?
 
Apepun kita yang hidup ni kena redha.. yang pergi tetap pergi..cuma kita yang hidup ni nak kena selalu beringat... mana tahu kematian datang secara tibatiba...macam kisah pegawai bank yang ditimpa pokok mati kat KL tu. Saper sangka, harapnya kita dah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku di hadapan hari.
 
Sekali lagi eloklah kita sedekahkan alfatihah untuk arwah.
Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin... insya Allah...
ALFATIHAH.
 
 

2 comments:

DeLLa said...

innalillah..takziah atas pemergian nya

aCik Anie said...

tq della