Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, November 1, 2010

Resepi | Somtam

Ingat lagi tak aku citer pasal aku nak buat Somtam. Semalam baru la dapat buat. Ader sket lagi tinggal dalam peti ais..balik kerja nanti terus sambung makan…cantikkkkk.

Ingat nak bagi kat jiran sebelah rasa sket… tapi tak nampak muka plak. Segan plak acik nak menjerit kat luar pagar tu.


Ok la… sajer nak berkongsi resepi cara nak buat Somtam ni. Yang aku cakap ni cara aku tau.. cara asalnya lagi banyak item yang aku tak masuk. Macam tomato..kangkong.. Pastu aku tambah 1 item lagi yang takder dalam resepi asal iaitu mangga. Korang tak nak masuk pun takper. Tapi aku suka masuk sebab dia rasa masam-masam sket. Camner nak cakap erk?.. senang citer aku tulis ni cara aku la erk?.. Ok, antara bahannya…

Betik ½ biji (Sagat)
Kacang Panjang 3 4 batang (hiris halus)
Cili padi 10 bijik (sama hiris halus)
Bawang sebijik besar pun dah cukup (mayang)
Mangga sebijik (pun sagat)
Ikan Bilis 2 gengam (goreng n tumbuk)
Kacang 2-3 gengam (sama cam bilis)
Nise Padi 2 sudu ( Macam gula melaka..tapi warna putih ) Takder pun takper ganti dengan
Gula 2-3 sudu gula
Garam 2-3 sudu KFC
Limau nipis sebijik (perah ambik air jer)
Sos Sotong sket..dalam 2 sudu gula


Pastu sumer bahan yang siap diprepare tadi dimasukkan dalam satu bekas besar. Thennnn..aper lagu…gaullll la sampai lunyaiii..agak-asak kuar air tu lunyai la. Pastu rasa la mana yang terkurang tu..tambah la balik. Somtam ni kena la rasa gula sket.. manis….. jangan manis sangat..kan mmacam sira plak.. biar la ada rasa gula sket…


Dan bila dah siap.. macam ni la rupanya….

Ermmmmm sedappp tak?… Nak?…. datang umah la……

No comments: