Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Saturday, November 20, 2010

Pasal Nyamuk Lagi

Kisah pasal nyamuk lagi. Hanya dengan satu gigitan saja boleh membawa maut pada kita kan.. Bayangkan … betapa bahayanya nyamuk ni pada kita. Saiznya kecik jer.. tapi amat berbisa tusukannya.

Lately ni kerap sangat aku tgk MPKJ datang buat fogging. Musim nyamuk mengawan kot. Kat umah aku pun sama. Asal maghrib jer kuar cari darah, asal nak hisap darah jer kuar waktu magrib. Apsel erk..tak faham aku. Subuh besok siap la.. bangun tido bertepuk tampar dengan nyamuk dulu sebelum mandi kat dalam bilik air. Ntah kat ceruk mana nyamuk ni membiak aku pun tak tahu, yang pasti subuh jer Ajeed mesti bangun spray nyamuk kat dalam bilik air. Ish bahaya betul la. Kan malang tu tak berbau.. Nauzubillah. Dah la Hadif ni demam lagi….


Minggu lepas hari apa ntah.. dah lupa.. balik kerja nyinggah la kedai makan. Tak larat nak masak. Ingat nak makan siap-siap.. balik mandi-mandi terus boleh relex.. tengah kami syok makan, datang MPKJ buat semburan sekitar kedai yang kami makan tu. Bukan kedai tu jer. Means…satu kawasan tu la.


Soooo terpaksala kami makan dalam kurungan. Dah la kitorang jer yang makan kat kedai tu. Makan pun dalam keadaan tak selesa. Walaupun dah ditutup pintu depan tu tapi asap dia tu still boleh bau. Bau dia kan kuat. Apa boleh buat telan jugak la cepat cepat. Memang hari tu makan dalam keadaan yang takder tomakdinnah. Takkan nak stop makan. Membazir plak, baru setengah jalan makan. Nak tak nak makan jugakla.

Ntah bila masalah aedes ni akan selesai. Selagi takder kesedaran dalam diri kita tentang kebersihan selagi tu la kita akan menerima berita kematian akibat demam denggi. Soo ambik masa 10 minit jer dalam seminggu untuk menghapuskan tempat tempat nyamuk membiak macam takungan air kat pasu-pasu bunga, bekas bekas polystrin, tin-tin kosong dan tempat lain yang menjadi habitat pada pembiakan aedes ini. Tiada aedes bermakna tiada denggi.

Jangan risau ini adalah iklan yang tidak berbayar , jauh sekali mau di taja oleh Sheildtox atau Ridsect mahupun Fumakilla.

Anda buat anda yang dapat… Ohh terlupa satu benda… Sheildtox spray kat Econsave Jalan Reko ader offer… murah gilerrrrrr.

2 comments:

Ena said...

yer la kak..
bahaya si kecik tu.. sekali dier sedut.. abis.. ish.. nauzubillah..

aCik Anie said...

yer betul..masalah yg tak penah settle