Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, November 25, 2010

Parasit Itu Orang Ke-3

Setuju tak korang kalo aku cakap perempuan perampas suami orang ni di panggil parasit.
 
Aku rasa entry aku pagi ni amatlah tidak sesuai dibaca oleh perempuan yang menjadi kekasih pada lelaki yang dipanggil suami orang. Aku bukan nak kondem golongan ini..tapi sedikit rasa tidak puas hati bila perempuan yang menjadi isteri bertahun lamanya dilepaskan begitu saja hanya kerana rasa cinta yang datang tanpa diundang dari orang ke-3. Mungkin si suami tewas dalam pujuk rayu pihak ke3, namun... tangan tu kalu ditepuk sebelah mana nak berbunyi...
 
Mana pergi rasa kasih sayang cinta rindu yang tersemi sekian lama. Lenyap macam tu jer?... ohhh....mudah sungguh manusia ini beralih kasih pada cinta baru yang datang .. mungkin secara rahsia..atau mungkin juga awal awal lagi diundang oleh sang lelaki itu.
 
Lately ni banyak sangat aku dengar pasal skandal laki orang dengan bini orang.. laki orang dengan si dara jelita, bini orang dengan laki orang pun ader.. Bukan nak salahkan lelaki jer dalam soal ni. Ada gak si isteri yang mulakan dulu. Murahnya nilai cinta manusia itu kan?. Yang paling sedih bila sanggup sang lelaki ini ceraikan isteri dan anak hanya kerana cinta yang datang melalui FB. Sesenang ABC cinta itu datang... dan jangan plak lepas ni sang lelaki itu men touch and go dengan cinta yang baru ditemui itu.
 
Memanglah jodoh maut tanah kubur tu tuhan dah tetapkan.. tapi..... fikirkan la.. sanggup kita bina kebahagiaan sendiri atas perpisahan dan kekecewaan orang lain... Fikirkanlah.
 
 

No comments: