Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Sunday, November 21, 2010

Kisah Kawan Aku

Eh .. Korang perasan tak, aku jarang sangat bercerita pasal kengkawan aku kat sini. Asyik-asyik citer kami jer kan.. korang mesti boring. Hari ni aku nak citer pasal sorang kawan aku ni yang kerja part time kat KFC. Dapat duit 50 henggit dari costumer yang tak dikenali. Ini la yang dinamakan rezeki datang borgolek depan mata.. Aku bukan nak citer pasal nilai not 50 tuh, tapi nak citer tentang nilai kesabaran, keikhlasan dan budi bahasa.

Ekceli sumer orang tahu member aku sorang ni memang mulut dia boleh tahan la. Bak kata orang kalo keluar perkataan dari mulut dia memang panas gak la telinga menahan. Berdesingggggggggggg. Tapi tidak dengan customer yang datang kat tempat dia.

Nak jadi cerita anak orang tu tumpahkan air, kebetulan kawan aku tu lalu kat situ. Soo dia suruh la kawan aku lap meja yang basah ni. Biasala budak.. kalo tempat macam ni memang tak behave langsung. Dah namanya budak kan. Orang tua lagi boleh careless inikan budak. Soo lepasas jer cuci meja tadi si bapak ni boleh hulur duit 10 henggit kat kawan aku.

Takper la bang memang kerja saya pun cuci mencuci macam ni..
Takper..ambik.. (mungkin dalam nada sedikit bangga)
Takper bang..walaupun saya kerja kat sini tapi saya ader gaji sendiri…

Terus terdiam orang tu. Terus ambik balik duit 10 henggit tu… ganti dengan 50 hengggit… selit kat tray kawan aku tu…
Selamba jer kawan aku masuk dalam bawak duit dalam tray tu.. konon konon tak perasan….

Soooo pengajaran dari sini… sikit jangan ambik.. banyak ok..baru ko ambik..Setengah orang kita takeh gunakan kekerasan. Lagi kita marah lagi mencanak naik angin dia.. sooooo cakap pung pang pung pang pun tak guna..Cara yang paling berkesan adalah teguran secara berhemah..psiko sket… hahahha….Ingat muka selebet jer ko boleh suh itu ini campak duit ok fine settle…. No..no..no..itu sudah silap…… Ingatlah duit bukan segalanya.

No comments: