Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, November 18, 2010

Kisah dipetang raya Korban

Entry pagi tadi aku ceerita pasal aku merajuk kan.. sebab tak dapat keluar..

Ermm...memang patut aku marah pun.. sebab dia menabur janji manis. Akhirnya setelah puas merajuk..bergaduh pung pang pung pang..akhirnya bangunla dia. Muka aku dah memang mencuka dah.. takder makna rasa nak senyum senyum lagi. Pesen laki aku memang macam tu.. puas bergaduh barula dia bertindak.

Lepas jer dia siap mandi terus dia siapkan Hafiy... Aku buat derk jer. 2-3 kali gakla dia suh aku siap..aku buat derk jer. Akhirnya dia buat keputusan nak pergi ngan Hafiy jer. Dah bininya merajuk kan... harusla aku buat tak tahu jer bila dia suh aku siap. Aku saja nak tengok... dia pujuk ker tak..

Emmppp hampeh...takder nak dipujuknya...tapi dari perbualan dia ngan Hafiy tu aku tahu dia nak sangat bawak kami keluar... Biasala kan lelaki.. mana mau kasi jatuh ke bawah egonya. Memang tinggi melangit.

Dah dengar macam tu..aku sebagai isteri ala-ala solehah ni...(bukan solehah tau) pun segera la pegi mandi la. Kan kalo tak ikut.. mau lagi panjang, silap silap terus tak dapat keluar langsung. Padan muka aku..



Seperti yang dirancangla...mau ke Pantai Remis Jeram... Aku ingat kami berempat jer yang beraya kat situ. Rupanya ramai jugak yang takder ala dituju di hari raya haji ni yer. Ishhh..ishhh.. kesian kat kami kami sumer. Tu la.. saper suruh tak nak balik raya kampung?..yer tak?



Kali terakhir kami datang sini aderlah 2 tahun lepas. Sumernya sudah banyak berubah... Peniaga kat tepi pantai pun sudah bertambah ramai. Tapi sayang... kat sini airnya kotor... tak best nak mandi manda. Ramai yang datang sini cari lala jer...



Ajeed siap pakai baju melayu lagi pegi pantai.. katanya mau ambil feeel hari raya.. Yo la.. takdernya datang feel tu . Sepatutnya masa ni la kita ambik kesempatan nak mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bukan merenung pantai yang penuh dengan kekotoran.



Korang tengok jer la gambar candid yang diambik secara paksa rela oleh Ajeed. Pakcik ni kalo kat tempat ramai orang pantang tuk nenek kalo sibuk nak posing sana sini. Sebab tu aku suh dia ambik candid jer.. tapi bila disuruh candid di cakap aku poyoooo plak... Felikla insan yang bernama Ajeed ni.

Tapi muka aku tak nampak poyo kan?.. Korang mesti heran naperla asal jer aku kuar jalan jauh sket mesti aku pakai tudung yang sama jer.. Itu jer tudung aku yang paling latest. Tunggu orang tu punya present...tak tau bila..janji manismu sungguh...



Takper...aku sabar dan terus bersabar.. Mana tau dapat lebih baik dari tu..merangkap present sempana 5 tahun kami kawin skali. Ermmm mana tau kan...dapat duit terpijak.



Suka Pic ni.... Ala ala ibu mithali gitu....hahaha..poyoooo, bak kata Hafiy..

Ibu oyooooo...

No comments: