Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, November 16, 2010

Kek Coklat Versi Aku

Kegilaan aku sekarang suka masak benda baru. Inilah kali pertama aku buat kek. Dek kerana tak tertahan dengan cerita member yang buat kek coklat yang sangat sangat sedap, aku pun terpengaruh sama la nak mencuba. Kirimla semua bahan kat member sorang ni beli kat Bangi (Yumie) .Konon nak sangat buat kek,tapi satu benda peralatan nak buat kuih pun takder kat umah. Penimbang takder, pemukul telor takder, loyang takder…nasib baik kek ni jenis kukus. Pakai kukusan yang ader jerla, pastu sukat pun main agak-agak jer. Macam pro bunyinya kan?



Finally, sabtu lepas siap la sebijik kek coklat. Ermmmm…memang nampak agak menarik Cuma mengeleber sket sebab aku taruk penuh sangat, sepatutnya isi separuh jer..pastu dia kembang la kan..baunya..aromanya ermmmmmm…niceeeee..rasanya lom tau lagi. Tunggu sejuk dulu baru boleh potong. Coklatnya tengah meleleh.



Tak sabar-sabar plak aku nak merasa… cubit rasa sket… sedap la weyyyy…yeay..yeah….. takper..sabarrrrr…tunggu betul-betul sejuk dulu. Bila dah sejuk potong bagi anak-anak aku makan.. semulut 2 jer budak berdua tu makan. Pastu taknak dah. Aku pun rasa la sket. Rasa sepotong sedap lagi.. bila dah rasa banyak-banyak potong macam ader resa very the feliks sket la…Naper erk?. Takperla.. makan jugakla… penat-penat buat..takkan tak nak makan kan?



Tak sabar menunggu Ajeed balik kerja. Nak suh dia rasa plak…. Bila dia dah balik terus eksen dengan dia aku berjaya buat sebijik kek untuk seumur hidup aku… Waaaa…very the vangga si suami bininya berjaya buat sebijik kek..Walaupun kek tu berlembah ditengah-tengah, macam ader valley sket kat tengah-tengah… Sepatunya kena guna bekas besar sket. Tapi sebab tak sabar sabar nak makan..inilah jadinya. Aku pun bagi la rasa sepotong kat dia……



Camner wakkk… sedap tak ?..pandai tak saya buat?
Ermmm… gebu dah gebu..cantik dah cantik.. tapi naper rasa macam ubat-ubat sket..
Hehhh… ubat?.. ubat apa……?

Punyala gebu kek coklat aku dia boleh kata rasa ubat… dah hilang deria rasa aper pakcik ni. Tapi memang yer pun..Kalo dah banyak-banyak makan tu memang ader rasa pahit la. Aku pun sedikit konpius… rasanya dah betul sukatan yang aku guna tu , rasanya la. Pagi senin datang kerja member aku tanya….

Dah buat ker kek coklat Nie?..
Dah kak.. tapi naper rasa macam ubat sket erkk?… Ajeed cakap rasa ubat..
Ko taruk Baking powder berapa banyak..?
Macam akak cakap la…1/2 sudu

Memang betul la aku taruk ½ sudu. Tapi bukan sudu KFC tu…1/2 sudu teh…. Terbaekkkkkkkkkkkkkkk punnya kek coklat berubat. Pahit la weyyyyy….

Ok takper.. masih ader stengah plastik lagi tepung tu..lepas ni mesti jadi punya…Aku dah ambik pun sukatan sebenar cara nak buat kek ni. Takde nak main hentam cromo jer lagi. Skit punya banyak aku tabur coklat rice kat atas dia tu). Agak-agaknya la, kat mana tempat ½ bekas lagi yang balance dalam peti ais tu.... Tak sanggup wey aku nak habiskan kek berubat tu.. Siyesss..memang kek tu rasa ubat.

Ni la kesan kalo pandai sangat buat kek. Lenkali cuba lagi takpe.. try and error tu biasa bagi novis macam saya ni (ayat cover line konon…puiiii)

No comments: