Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, November 2, 2010

ICEROOM Bangi | Hadif 1 Tahun



Sebelum aku citer apa-apa izinkan aku bergedik diblog sendiri dulu. Selama ni asyik-asyik muka Hafiy jer yang aku jaja kat sini. Sekali-skali aku pun nak jugak. Hadif pun nak jugak..kesian dia tau.. macam aku pilih kasih plak.



Ekceli 30 October lepas genap Hadif 1 tahun. Soooo kitorang macam biasalah.. celebrate anak branak jer. Makan kat luar and beli kek potong kat umah. Macam tu jer la… seperti kebiasaan tahun-tahun yang lepas.. Hafiy dulu pun gitu jugak. So tahun ni tempat yang menjadi pilihan kami ialah Iceroom Bangi.


Satu jer aku nak pesan kalo saper-saper nak datang makan kat sini. Pilih tempat duduk yang outdoor punya..takder ekon… baru ader nikmat ko makan aiskrim. Kalo ko pilih yang in door punya…gerenti..terketar-ketar ko suap eskrem..dan yang lagi teruk pastunya tak habis… sejuk bangat dongggg.



Aiskrim pilihan aku…aper lagi durian la…. (boleh tahan jer.. takder rasa durian sangat)

Ehhhh …. Saya ada bau tempoyak la…
Ehh..ingatkan saya jer…
Ke dia buat dengan tempoyak erk…
Ishh awak ni….


Dan aiskrim pilihan Ajeed ialah… perasa Avocado… sedap gak… ader segala macam mak nenek ditabur kat atas tu.


Menu utama kami adalah ..errmmm..nama panjang aku tak ingat la.. nama pendek Lamb chop…..yang paling aku ingat adalah code dia 1601. Sebab tu nama aku lupa..sebab Ajeed yang tukang order.. itupun main tulis code number jer. Lamb Chop dia adalaahhhh… tersangat-sangat la sedap… rasanya 2 pinggan aku boleh habis. Air kami tak oder…sebab aiskrim dah ader kan… berapa banyak air daaaahhh.. Nanti tak tertahan-tahan nak terkencing.. dah la sejuk giler.


Budak berdua ni makan kentang goreng sajer…. Aku bukan tak nak order kat budak berdua ni. Hafiy bukannya makan sangat pun…. Sibuk duk ngorat anak dara akak sebelah tu jer. Siap mintak no tepon lagi ko…. Romeo tak?



Dan Hadif plak … bukan boleh makan benda asing sket…dia tahu nestum jer….. kalo suap nasik pun gerenti aku disemburnya balik..kecuali nasi tu aku campur ngan nestu… baru dia makan. Belom sampai umah..masa dalam keter lagi dah muntahkan segala isi perutnya kat atas badan aku. Hafiy terkebil-kebil tengok ibu dia sibuk nak ambik gambar muntah tu… bukan nak salin baju dulu….hahaha. Nasib la Fiy dapat ibu macam ni. Malam tu plak… terbatuk-batuk sampai ke pagi…



Kesian Birthday Boy.

Kesimpulannya.. kalo aku datang ke sini aku akan order code 1601 tu jer… Kalu aiskrim..tak nak la……

No comments: