Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Saturday, November 27, 2010

Hasil Dari Kebun

Raya Haji lepas kan aku citer aku balik raya Klang. Biasala kalo dah balik sana.. kalo balik tangan kosong memang rasa pelik sangat. Memang sikap mana mana mak pun kan.. selagi tak penuh bonet keter lagi tu la mereka cuba isi. Tapi aku balik sana takder terlintas walau sebesar kuman pun nak ngecek mak mertua aku. Apa yang dia bagi aku ambik. Tapi kalo nak meminta nak tu nak ni …. Itu bukan aku. Kecuali anak-anak pokok nak buat benih tu tu ader la. Itu pun aku suruh Ajeed yang mintak.. Nak dengar kuar dari mulut aku susah sket…sogan acikkk walaupun mak mertua sendiri. So apa yang dia bagi itula yang aku terima tanpa ada bantahan.

Kalo dulu aku selalu bawak balik pucuk ubi. Sampai kembung-kembung perut ni. Tapi sekarang pokok ubi dah takder. Yang ader kacang botol cili Kacang panjang petola pandan betik daun kesum.. itu jer.



Bila tengok cili ni teringat kat solok lada kan. Benih cili ni abah aku ambik dari Klantan. Tapi tak sesuai ngan tanah pantai la cili ni. Hidup tu hidup la.. tapi buahnya ketot ketot jer. Pedas pun tak. Bau pun tak sama dengan yang kita buat solok ni.
Sebut pasal solok ingat plak mak ngan bapak mertua aku ni… dia panggil cili ni cili soyok tau .. bukan cili solok..

Tu cili soyok tu ko ambik la ni….
Hahaha…. Cili solok la mak….bukan soyok.

Balik hari bukan takat hasil dari kebun jer aku bawak balik…. Siap bekal macam-macam jenis lauk lagi.



Untung…. Takyah balik masak lagi. Tapi lauk ni bukan boleh simpan lama sket.. Cepat jer masin. Kalo rendang tu ok la… Kalo masak lemak dan kuah kacang ni…besoknya terus basi…

Baik kan FIL aku…….

No comments: