Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, November 26, 2010

Entry Sebelum Test JPJ | Bengang

Ini cerita sebelum kejadian.. Jangan confius erk.. Anggap jer masa ni aku tak ambik test lagi.....

Dah berbuih dah aku citer pasal kebengangan aku kat Cikgu blajar keter tu..alaaaa yang cakap tak super bikin tu. Semalam pun dia berjaya buat aku bengang lagi. Tapi takder guna pun aku membebel sensorang bengang kat dia kat blog aku ni..bukan dia baca pun. Tapi at least ader gak tempat untuk aku curahkan . Mana boleh pendam sorang sorang.. Bipolar jugak aku nanti.

Semalam punya citer….Korang kan tau aku ambik lesen kan… awal tahun lepas hari tu. Pastu aku tak lulus masa nak kuar kat 3 penjuru tu..Ohhh dammit…. Benda enteng gitu pun aku boleh gagal. Sudahnya merepeat la. Soo 3-4 kali cancel..semalam dapatla aku blajar 2 jam lagi. Nasib baik aku ambik petang. Memang semalam tu litar kat situ aku sorang jer yang konker. Lengang giler.. best la.. takder buang masa nak menunggu budak lain.


Yang buat aku bengang….dia boleh bagi cikgu lain yang ajar aku. Korang paham la kan.. lain cikgu lain la caranya.. Dahhh mula konpius la aku sampai 3-4 batang tiang tu aku langgar masa kat 3 penjuru. Tapi aku teruskan jugak. Dah la dapat keter yang sangat antik. Kipas angin leh klip kat pintu lagi..Hebat kan?..ko ader?


Dah habis 2 jam aku ka situ akhirnya aku decide nak guna cara lama. Tapi 2 jam blaja semalam tu tak try pun guna cara lama. Kira tawakkal jer besok. Aku harap sumer lepas.. Bertambah-tambah bengang bila….

Dia : Camner Anie…Ok tak?
Aku : Nak ok camner…hari tu blaja lain..hari ni cara lain plak…
Dia : Alaaa yakin boleh buat mesti lulusnya.... boleh tu.. kalo rasa tak yakin awak bagi 200 lagi..kautimmm…
Aku : Mana ader duit…..lagipun camner nak kautim kan dalam litar..bukan jalanraya…

Sakit hati kan?…. Takder guna aku datang blajar 2 jam smalam kalo akhirnya ko mintak suh kautimm….. Tapi takdernya aku nak bagi 200 tu. Lulus ke tak citer ke-2. Apa yang penting buat dulu…… baru tahu boleh ker tidak.
Tapi entry ini adalah cerita sebelum kejadian. Dan selepas kejadiannya... korang pun tahu..Pastu dari 200 terus naik 250.....

Sooooo sad tau tak...

No comments: