Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, November 24, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Aku

Setuju tak kalo aku cakap yang kita ni mak bapak adalah cermin kepada anak-anak kita. Betul kan?...
 
Sedar tak sedar anak sulung aku dah nak masuk 3 tahun..tapi belum masuk lagi. Baru 2 tahun 9 bulan. Macam macam karenah dia tunjuk kat kami sekarang. Yang paling tak tahan suka nyakat adik dia la. Bila aku nak ambik rotan pandai plak merayu..
 
Taknak bu... taknak bu (siap buat muka sposen lagi)
 
Malam tadi, dalam kul 9-30 babah dia masih lom mandi lagi.. Masih bertuala nak mandi...boleh dia cakap..
 
Bahhh... mandi la.....
 
Kan dah terkena.. Anak dah reti menegur dah. Sooo takleh la nak buat tak tahu lagi.. kalo aku tegur haremmm dia nak dengar.
 
Pastu, kan hari tu ader separuh akhir muzik-muzik kan ?..Tak silap aku malam selasa. Tomok kan muncul dengan imej rambut lebat senget sebelah gitu... Hafiy cakap aper tau...
 
Ibu...me..la...ambut... (Ibu samala rambut)
 
Hahahha.. tergelak sakan aku dengar dia cakap macam tu. Maknaya dia tahu la rambut dia pesen gitu. Yang paling aku tak tahan bila dia sudah terperasan bahawa perut ibu dia buncit. Semalam aku ader pakai geder...so nampak la bonjolan bonjolan nakal tu... Korang tahu Hafiy cakap aper?
 
Ibu uncit rrrrrr........
 
Anak oh anak.. ko dah besar rupanya. Ibu tak boleh nak layan ko macam budak kecik lagi. LAgi ibu layan ko macam budak-budak lagi ko kuat memberontak erk?...Hai..sabor jer la.
 
 
 

No comments: