Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, December 1, 2010

Cerita Pasal Nak Beli Pressure Cooker

Pressure Cooker atau Periuk Tekanan kalau di translitkan. 2 x bayar walopun tak sampai 100.. hahaha Korang ader?




Aku sebenarnya takder la obses sangat nak kumpul periuk pinggan mangkuk ni. Nasib baik aku takder perangai cenggitu. Mungkin salah satunya aku tak berduit.. hahaha.. tu sebab keinganan untuk mengumpul pelbagai jenis pinggan mangkuk yang pelbagai jenama ni takder.. apa lagi periuk bagai ni sumer.


Tak kisah la aku takder pinggan cantik berjenama pun.. asal kenyang makan sudah. Tapi tak tahula kalo ada umah sendiri kan?… nak-nak dapat dapur cantik siap island lagi..maybe obsesiku akan datang. Sekarang malas nak mungumpul @ beli bukan aper.. satunya..ruang umah memang terhad.. satu lagi.. mood tak datang untuk makan pakai pinggan mahal-mahal, masak pakai periuk mahal…selagi duk menyewa. Kan nak pindah satu hal plak.. siap lori 6 tan 2 trip… naye guuu.




Ok la… berbalik citer aku nak beli periuk ni.. siap mintak izin dari En Suami…kata Isteri Solehah.. nak buat aper-aper mesti dapat izin dari suami.. Tak gitu para wanita sumer?..



Aku : Wak… saya nak beli periuk tekanan la..senang kalo nak rebus tulang…daging tu lembut..sampai hancur hancur tau?

Dia : Iyeee?.. tulang hancur tak?..kalo hancur boleh la beli…


Itu maknanya dia tak berapa nak setuju…. Aku senyap jerla..lagipun bukan perlu sangat pun.. setakat sebus tulang sampai api gas kuar merah pun takper..janji masak.. itu tak kira kondisi periuk lagi…hitam legam boleh calit buat nandert pun aku tak kisah.. gonyoh la selagi mampu. Tapi setelah aku promote kat mak abah dia pasal rebus tulang pakai periuk tu bagus sampai isi-isi hancur.. terus nak beli jugak…sebab MIL aku pun ader order satu.. dan-dan tu aku tanya dia lagi skali nak beli ker idak dia terus cakap nak..

Kuat betul pengaruh MIL aku kat dia kan.. kan kalo aku cakap anak mak..sentap plakkk weyy…
Takperla..sekarang periuk tu dah ader kat aku.. walaupun blom bayar lagi takper..... tunggulah budget dari boss dulu..mana tahu dia bermurah hati...hehe.

No comments: