Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, November 11, 2010

Budak Jakun Tengok Laut



Aku jamin ader orang sakit hati bila baca kisah cuti kami yang tak berkesudahan ni. Apa boleh buatttt.. orang bizi bebenor. Rilex la bebbb.. kalo aku update laju-lajukan...takder plak benda yang aku nak story mory kat sini. Dari korang marahmarah elok jugak korang klik iklan yang ader kat header blog aku tuh. Ada gak faedahnya.



Ok la... sambung balik citer hari tu. Lepas jer kitorang check in, kami ambik keputusan nak baring-baring jap. Lagipun ramai benar orang kat pantai PD tu..sesakkkk. Dalam kul 5-30 baru kitorang kuar. Singgah beli baju sluar sumer dulu... beli pelampung skali untuk hero yang sulung tu. Mesti dia hepy kan boleh main-main pasir, main-main buih ombak, main-main pelampung tepi pantai. Sudahnya hampes. Usah separuh badan, buku lali pun tak lepas aku selam..dah meraung-raung macam nampak hantu air. Buat malu company jer si kinting ni.



Punya la berkobar-kobar aku nak bawak si Hafiy tengok laut. Yer la, memandangkan ni 1st time aku bawak dia tgk laut, rasa teruja aku ni memang membuak-buak. Siap beli pelampung skali si ibu nih. Alih-alih sampai kat laut....... meraung, melalak melolong bila aku selam separuh badan dia kat dalam air. Budak ni penakut air rupanya. Nak kata pobia tak pernah plak aku selam dia dalam besen masa kat umah. Alih-alih aku yang hampa bila takleh tengok dia hepy.. VERY THE FELIKS bila dia buat muka seposen bila tengok laut. Sia-sia jer aku beli pelampung tau...



Tapi tak per... aku ade plan baik punya lepas ni supaya dia tak takut air.

Tungguuuuu................

No comments: