Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, October 29, 2010

Tajuk POEM ni KESIAN KAT AKU.

Kesian tak kat aku.. Bila Ajeed tak dapat ambik aku … aku kena balik jalan kaki..

Kesian tak kat aku.. Bila jalan kaki…aku kena bawak 2 beg plastik… beg aku lagi..



Kesian tak kat aku.. Bila aku kena dukung Hadif tangan kiri tarik tangan Hafiy..


Kesian tak kat aku.. Bila Ajeed tak dapat ambik aku … aku kena balik jalan kaki….(eh ulangan erkk….)

Kesian tak kat aku.. Bila sampai separuh jalan aku diarah oleh Hafiy supaya singgah kedai dia nak beli MAMEE

Kesian tak kat aku.. Bila aku kena langkah 2 longkang baru sampai umah . Nak cari jalan shortcut punya pasal

Kesian tak kat aku.. Bila 1 batang jalan besar jer aku kena lintas…bas banyak wooo lalu lalang kat situ….

Kesian tak kat aku.. Bila masa aku kena jalan kaki tu Hadif demam la pulak..

Kesian tak kat aku.. Bila aku kena jalan kaki dalam 1000 meter…

Kesian tak kat aku.. Bila nak test keter tak jadi plak..mcm-mcm alasan …tak lepas-lepas lagi…

Kesian tak kat aku.. Bila lesen L hari tu dah mati 28/10 la pulakkk…

Kesian tak kat aku.. Bila… Katakanlah aku dah lulus… tapi lesen takleh dapat sebab banyak saman…

Kesian tak kat aku.. Bila … katakan dah ada lesen..tapi keter plak takder….


OK poem sudah habis…..

Soooooo kesimpulannya…. Aku kena berenti kerja ..atau Ajeed kena hadiahkan aku keter sebijik. Motor taknak sebab aku takder lesen motor…

Agaknya…. Mana satu yang aku dapat?….. Silap dapat penamporrr...hahaha...

No comments: