Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Ini adalah entry auto publish.. pagi tadi seawal subuh kami dah gerak ke Kelantan. Doakan kami selamat sampai dan terlepas dari segala jenis mak nenek saman ni. Dan yang paling penting jauhi dari segala kecelakaan. Insya allah kalo tak jem kul 11 am sampaila.. kalo jem.... tk tahu la acik nak kabo.... keras bontot acik pegang Hadif ni.



Untuk kengkawan sumer… kawan blogger, kawan FB, kawan sekerja, kawan sekampung , kawan sepersekolahan, kawan setaman, kami sefamily ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan sekiranya sepanjang kita berkawan, sepanjang perkenalan kita ada sedikit atau sebanyak rasa tak puas hati, rasa benci, rasa semacam nak marahhh sangat.. atau rasa apa-apa yang membuatkan hati kalian tersinggung. Kita sebagai manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ekceli ni punya kad raya adalah recycle punya. Aku dah jenuh godek nak buat kad raya baru..tak reti la… yang ada ni pun aku edit dari orang lain punya.. hahaha..sungguh tak kretif kan..Tapi takper la.. niat aku ikhlas nak bermaafan dengan uolls sumer…
K la…stop sini jer dulu.. maybe dalam seminggu non ader entry baru. Maklumla..kampungku nun jauh disebalik bukit. Redah 7 bijik bukit baru la nampak kampung aku… U mobile mana ader line. Pasrah jerla..
Akhiir kata Selamat Menyambut Hari Raya Minal Aidil wa faizin…..

No comments: