Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 8, 2010

RAMBUT RAYA

Ini adalah auto publish punya entry.. pada masa ni mungkin tuan punya blog tengah sangkut kat Karak..jem..atau maybe paling jauh Bentong..Tapi harap-harap jalan taklah se sesak yang di sangka..dan paling penting selamat sampai kampung tanpa saman kepala maupun ekor.

Malam tadi nekad Babahnya ambik gunting , mahu cuba sedaya upaya mempesenkan rambut anak jantan dia. Merimbun sangat. Rimas aku tengok. Lagi di sikat lagi merimbun.


Alhamadulillah..nampak gayanya macam tak banyak songeh sangat… so behave….arahan sumer tepat… suruh paling kiri.. buat.. suruh paling kanan.. juga ikut… gud boy….

Agaknya dalam 20 minit… sabarnya mula goyah… kejap gatal situ…kejap plak gatal sini..satu badan cuba digaru.. mana taknya..bapaknya main gunting jer.. alas kat badan pun takder…bijak jugak babah dia ni….dan hasilnya…


Rambut baru Hafiy…. Adalah sedikit kelainan.


Dan ini rambut sebelum….


errrmmmm…Rasanya kena cari kedai gunting rambut ni.. kena touch up mana yang perlu…

No comments: