Kenali Cikanie

My Photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Hi.. LISTEN ...Saya Anie.. dulu cik anie...sekarang acik anie... Tapi kalo masih nak panggil cik anie lagi pun i tak marah.. princess also can :D ... kekeke... Saya seorang pemilik jiwa yang amat sensitif...Tapi bukan seorang yang moody.. Kadang kadang tgk citer otromen pun saya boleh jadi sedih, bukan jugak seorang pendendam, ada jugak kata saya sombong. Mungkin sebab raut muka saya tak selembut Izzah Ombak Rindu.....Nice to meet u readers... Enjoy your reading yer... walopun blog ni hidup segan mati tak mau pun ok.... :)

Friday, September 3, 2010

PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK

Maksud aku batuk yang panjang sampai berminggu, berbulan ni. Macam aku sekarang ni ha.. Satu ofis gegar kalo aku start batuk.

Pernah tak korang alami batuk panjang. Maksud aku batuk yang lamaaaaa sangat sampai berminggu-minggu. Paling teruk berbulan-bulan. Macam aku rasa sekarang. Lepas jer hilang suara hari tu batuk makin teruk. Dia tak batuk secara deret tau..dia batuk kejap kejap jer bila time geli-geli anak tekak tu datang. Tapi sekali batuk, lemah pundi kencing den raso ni haaaaa.

Ingat lagi kisah mak aku batuk sampai 3 bulan masa baru-baru balik dari haji. Sampai terkencing-kecing kat dalam kain. Orang tua cakap batuk ni kalo tak lepas 3 bulan tak berenti, sampai 6 bulan pun ada. Macam-macam batuk. Bukan tak minum ubat batuk.. Tu la tahan kejap jerla..pastu dia datang balik.

Pagi ni seorang kawan prihatin bagi tau 1 petua untuk kasi hilang itu batuk yang geli-geli sampai lemah pundi kencing ni. Katanya kawan dia yang cuba. Sooo dia forward 1 email kat aku suh cuba buat. Insya Allah kalo terbeli buah oren kat umah aku akan aku cuba. Mana boleh tahan kalo asyik nak terkencing jer setiap kali batuk.

Langkah pertama- Potong bahagian kepala/ atas buah oren


Langkah kedua – Tebik lubang sket dan masuk setengah setuju kecik garam kasar atau halus


Langkah ketiga- Tutup balik buah tadi dengan kepala yang dipotong tadi.


Langkah 4 - Stimkan buah oren tadi untuk 20 minit


Langkah 5- Siap dan boleh dimakan.


Cubalah… Insya allah boleh tahan

6 comments:

UmiDAnisH said...

klu budak2 bole bg ke kak?

aCik Anie said...

boleh.. ambik jus jer la..suap 1-2 sudu..insya allah..cepat baik

armouris said...

info tentang batuk di SIHAT SELALU - Peranan dan Komplikasi Batuk

Siti Sarah.Zakaria said...

Thanks sharing ;)

Siti Sarah.Zakaria said...

Nak try buat..thanks dear

putriyzaalovings@Riza Suri Hati said...

Wahh assalam.boleh try...riza tgh batuk kuat..smpai terkuncing kuncing....X tahan rase.nak2 mlm nk.tidur...kena pakai.panti.liner....