Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, September 21, 2010

OPEN HOUSE MERANGKAP KENDURI DOA SELAMAT

Takderla kenduri sangat..makan kecik-kecik jer sempana Along masuk umah baru. Along tu a.k.a akak sulung En Suami. Dah alang-alang buat makan-makan sempena raya buatla sekali doa selamat masuk umah baru. Jimat yang berganda..duit n tenaga..yer tak.


Menu hari tu adalah Laksa Penang and Meehon Sup. Sedapppp… Ada jugak kuih raya..paling sedap biskut Dahlia.. yang terbaik penah aku rasa.


5 Family yang datang..fuhhhhh…padat gilir..makan pun gilir-gilir. Ko dah sudah kan.. dah bangun..orang lain plak yang nak makan. Yang bestnya lepas settle sumer tu siap kuar nasi putih..asam pedas bagai ni….. huhhh sekali lagi melantak. Memang betul-betul kenyang la. Tapi aku tak sempat nak merasa nasik tu..nyesal plak tak makan…. Nak jer aku masuk round ke3..tapi acik segan… padahal perut ni ader sket ruang-ruang yang masih kosong yang meronta-ronta mintak disi. Terbayang-bayang sampai sekarang ekor ikan kembung masak asam… sodapppp jer…..



Balik tu siap dibekal laksa penang lagi. Adalah rezeki mak ngan si Ila kat umah. Aku ajak diorang join skali taknak… sogan katanya. Tapi elok gak dia tak pergi. Yang ada hari tu pun dah tak tahu nak susun macam mana.. padat giler. Sebelum sumer orang sampai memang siap guling-guling lagi..dah sumer ader..sumer kena berpangku yang budak-budak ni.




Apapun terima kasih untuk along kerana sudi mengajak kami. Nanti jaga-jaga yer. Sampai turn umah kami jangan lupa datang plak. Reramai kita memadatkan umah Busu kamu yorrr.


Pening rrr nak masak aper untuk diorang minggu depan. Dah ader menu dalam kepala..tapi tak tau la sesuai ker idak ngan selera diorang…..Kan elok set-set menu bagai ni.. Ajeed plak yang tak setuju. Cadangnya nak buat:

Mee Kuah…..
Nasi Kerabu……
Sekut Kering……
Agar-Agar Kemiyan (hahaha)
Air…..

Kan betul kata aku...saja call tanya dia..rupanya dah dah ada menu dia sdiri.....tapi ok gak ikut dia punya cadangan... maknanya kerja aku hanya backup-bakup jer tak yah aku nak terkocoh sana terkocoh sini....makanya aku hanya jadi tukang kupas bawang, tukang blender..... kerja kecik-kecik jerla... yang master-master bagi dia.... ermmmmm...

Menu cadangan dia...

Nasik Ayam
Goreng Behoon
Ntah la mana satu yang jadi… kena tengok permintaan la jawabnya….. Tengok la dulu diorang nak makan apa.


No comments: