Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 29, 2010

MAKAN KAKI SENDIRI

Setiap kali tengok si Hafiy pegang balang biskut raya mulut aku mesti bising. Bukan apa..takut jatuh..pecah..luka kena kaki… Lagi satu .. penah tengok tak gaya budak kecik pegang balang kuih. Pegang kat tutup tu jer kan? .. takder nak cover bawah tu langsung. Huiss..berderau darah setiap kali tengok dia pegang benda tu…..

At last apa yang aku risaukan betul-betul terjadi….bukan 1 tapi kesemua balang tu jatuh ke lantai yang bersimen. Prangggggggg

Ekceli semalam.. masa duk mengemas sakan la konon.. risau tengok Hafiy duk usung balang tu ke hulu kehilir, aku pun ambik la letak kat tempat tinggi sket. Atas peti ais. Tapi malang tak berbau.. blom sempat naik peti ais… Panggg..tercabut tangkai rak dia tu.. ke-6 enam balang jatuh ke lantai… 2 tak dapat diselamatkan. Paling malang bila sempat lagi kaca tu morobek kaki cantikku.. Aduss…. Kesannya..luka yang amat dalam… dan pagi ni aku jalan terhinggut-hinggut.


Ajeed dah cakap… benda tu macam tak tahan lama. Barang ni yer la kalo murah… gerenti pakai pun kejap jer….Fadan muka..sayang duit sangat nak beli yang mahal.. belila yang murah..30 henggit jer… pakai tak sampai 30 hari dah jahanam. Takperla… nanti boleh beli yang lain… yang aku terkilan.. Tart nenas yang sedap itu sudah tidak boleh di makan lagi… sudah hancur berderai bercampur kaca….

Balang tu takper boleh beli lain.. tart nenas tak boleh woo.. tau depan baru ader balik. Huhu…punyala simpan…konon sayang nak makan.. hambik ko… sekali dapat langsung tak boleh makan.



Dari enam beradik..tinggallah berempat……

1 comment:

ayu said...

aduh, pedihnya kak. sapu minyak gamat :)harap cepat sembuh.