Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, September 16, 2010

KRONOLOGI RAYA 2010- Part 2

Citer di malam satu hari sebelum raya dan malam raya kami. Takder meriah sangat pun. Kami ni kluarga kecik jer. So nak kata meriah tu takder la meriah sangat. Macam orang sebelah umah aku tu 12 orang anak.. bayangkan sumer balik …plus cucu plak..memang meriah giler.. kalo buat makan-makan tak sah kalo tak sembelih 5 ekor ayam….. reramai gini kan orang tua plak yang letihnya.. tukang makannya..makan-semakan makan makan…. Popaun jugakla yang kerjanya 24 jam kat dapur jer.. jangan mimpi nak tgk Sinari Lebaran ke.. ape ke…

Malam raya tu kami berdua buat rendang. Kami berdua tu.. aku takleh nak eksen sangat. Ketua chefnya En Suami.. aku ni tukang blender bawang jer la… hehe.. malam sebelum tu plak lepas makan malam sumer tu tolong mak aku bungkus tapai pulut. Bungkus dalam daun getah. Kat sini tapai jerla benda wajib.. ketupat palas pun makanan wajib gak..tapi haremmm..mak aku bukan reti nak buatnya.


Cik Sue Hadif plak bergedik-gedik nak main bunga api. Awal-awal lagi dah bagi tugas… kami sumer yang dah kawin kerjanya kat dapur jer.. dia malasss… tiap tahun ambik kontrak gosok baju raya. Ok la…. Stuju sumer…. Settle sumer sibuk menggeletis plak ajak anak-anak buah main bunga api. Dah namanya malam kan… tak nampak apa la.. nampak bunga dan api jer…


Hafiy poyo jer..ajak man bunga api excited kemain… tapi hampesss… dah pasang takut plak nak pegangnya. Orang tua jer yang excited terlebih. Ader gak kenangan di malam raya kan.. tak leh main lama..hujan plak yang turun. Spoil mood betullah…

Dan malam semakin malam kami pun tido...besok raya wooooo...

No comments: