Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, September 7, 2010

KE LCCT & BUKAK POSER KAT SEK. 7

Semalam aku kuar awal. Ambik Cik Sue kat LCCT. Hujan lebat giler sepanjang jalan. Pegi ambik budak berdua ni dulu. Pastu terus rushing ke sana. Dia pun terpaksa tunggu berjam, sebab kul 6 baru kitorang sampai sana. Patah balik Kajang terus. Tak menyinggah mana-mana pun. Ingat nak gak singgah Nilai….jamu mata kejap.. tapi tak dapeknya..dengan Hadif yang berak, takder dyper standby dalam keter. Menangis-nangis tak selesa.


Adapun singgah Mon Rods Seksyen 7 untuk bukak poser. Kat situ lah baru pegi cari dyper.. nasib baik ader jual yang pek kecil. Terus tukar.. dan..dan tu Hadif berenti menangis. Sungguh tak selesa kot dia waktu tu. Nak cakap tak reti… hanya bagi signal dengan menangis n meronta. Moral kat sini kena standby dypers dalam keter.


Masuk jer kedai terus bunyi azan. Tak sempat pun nak order. Nasib baik ader kurma. Pastu dia bagi air masak. 15 min lepas tu baru dapat order. Aku tak mintak nasi..aku order Fish n Chip jer. Jemu makan nasik.


Ajeed plak nasik ayam. Sory yer. Nasinya sedikit messy..sebab aku tak berenti berzikir kat telinga dia



“cepatla wak…cepatla..lapar….”

Harus tanggung risiko bila beranak kecik mau makan luar…..makan pun tak sempat nak kunyah..Harus ditelan terus.


Cik sue plak nasik goreng special. Boleh la… nak kata sedap sangat tak jugak. Boleh la dimakan kalo time terdesak macam ni. Usha gak steambot kat situ.. Hampes… penuh jer manjang. Nampak gaya lepas raya baru dapat merasa.

Sooo untuk makanan kat kedai ni boleh bagi 3 bintang jer la. Sama dengan Hainan Kopitiam semalam…. Sekarang misi Acik Anie adalah mencuba masakan kat restoran baru area Seksyen 7 n 8. Misi ini mungkin bersambung lepas raya. Hahahaha. Sebab besok aku dah balik kampung. Maybe lepas subuh besok gerak kot…. Yihaaaaaa

Wahai Orang Kampunggggggggggg……. Nanti kepulanngan ku Yooooooooooooo.

Pstt : Abaikan kesilapan ejaan blospot (blogspot) kat pic tu. Dah malas nak edit balik

2 comments:

Mek Rose said...

wah..namapk sedapt fish n chip tu
lepas ni kenela sentisa ada pempes spare..eehehe..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, SEKIRANYA SEPANJANG KENAL DLM ALAM MAYA NI TERSALAH BAHASA N TERSALAH KATA..AMPUN MAAF DIPINTA.."

aCik Anie said...

ya la puan rose...saya pun sama..sepanjang perkenalan dialam ini ader rasa macam tak puas hati ke aper ke..mintaak ampun dan maaf banyak-banyak tau...

sekarang dah spare kat dalam keter...kot jadi lagi... Fish n chip itu tak berapa nak sedap la..ikan mcm tak fresh