Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, September 3, 2010

DUIT RAYA SUDAH DATANG

Sendiri punya duit raya jer. Nak dapat duit raya dari orang lain..ermmm sapo nak bagi.. Untung kan jadi kanak-kanak ribena, leh kumpul duit banyak-banyak. Tahun ni aku dah standby awal-awal duit raya. Takderla banyak sangat. Alahaiii banyak ke skitkan ke itulah rezeki yang kita dapat.. dapat banyak boleh bagi banyak sket.. dapat sket…sket la. Yang penting keseronakan dalam memberi tu..tak gitu. Kalo tak takkan ader pepatah.. “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima”


Hidup ni kan umpama roda… takkan kita hanya menerima jer.. tiba masa kita pun kena memberi gak kan.. ermmm..apalah yang aku dok bebelkan ni.... haippp

Tahun ni sket jer aku tukar duit singgit..sebab tahun lepas tak kehabisan sebabnya raya kat sini. Yer la kat sini aku tak ramai kenal sepupu sepapat En Suami ni. Kalo raya Klantan sure duit singgit akan habis dulu.. Bebudak ramaiiii sangat. Kalu dulu duit raya dapat 50 sen dah cukup bangga lagi.. tapi sekarang..ada tak orang bagi 50 sen.. paling sket pun singgit. Seiring dengan peredaran masa la kan?.

Tapi yang paling tak tahan….

“ Singgit jer kak anie bagi… kedekut la. Kak Anie ni….abg X bagi 5 hinggit..kak Y bagi 10……”

Hahhahaha… itulah pesen budak zaman sekarang. Pastu datang umah 2-3 kali semata-mata nak duit raya lebih. Yang paling tak boleh tahan bila kali pertama datang berdua… kali ke-2 datang lagi..tapi berempat.. kali ke-3 pun datang lagi.. kali ni penuh satu hall…

Siap boleh ajak kroni datang mintak duit raya secara berjemaah lagi tu…

“ Eh.. kat umah warna kuning tu dapat banyakkkk…. 2 hinggit…..”

Sudahhh...dan..dan tu diorang datang serbu umah ko...bersedialah.... korang nak senang ko tanya jer awal-awal ...

Nak makan ke nak duit raya.... aku gerenti ko takkan penat nak basuh gelas lepas tu.. trus belah lepas salam dapat sampul.

Gitulah gelagat bebudak beraya pada zaman sekarang.. seronokkk tengok… Maklumla skali jer dalam setahun.. apa salahnya kita layankan aja karenah diorang. Tak perlulah nak bersungut berapa kali diorang datang..habis dimakan kuih yang sedap-sedap.. minum air banyak…. Nantinya kurang pahala dan erti pada yang memberi. Zasssssssssssssss.

No comments: