Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 20, 2010

AKHIRNYA....

Ntah raya ke berapa hari ni kan.. malas nak kira.. kalo poser nak gak kira…hehe…itu namanya kes tak sabar nak beraya..kalah budak-budak.

Korang kenal tak apa nama makanan ni....
Rasa aku la setiap kali aku balik Kelantan mesti aku akan cari benda ni. Tapi takkkkkkk pernah dapat-dapat. Tak puas hati cari kat Kuala Krai.. cari kat KB.. kirim kat orang.. tapi takder dapat-dapat gak… Dari mengandung kat Hafiy agi terasa nak makan ni…

Finally… YeSSSS……nak raya hari tu… pegi cari benda lain kat pasar KK, alih-alih jumpa dia..apalagi.. terus sambar la…

Namanya “Bleda Kering”.. rupa fizikal hampir sama ngan jelly liat bebudak suka makan tu..… tapi rasanya memang berbeza……lain..lainnn…. lain bebenor. Rasa kat dalam macam agar-agar. Kat luar plak rangup jer..manissss..sangat tak sesuai untuk pengidap kenching manis.

Macam mana nak buat “bleda kering ni eh?
Allaaa….potong kecik-kecik pastu jemur jer la…

Eh ehh.. sesenang tu ker.. pandai jer awak ni
Yer la….


Aku pun agak macam tu jer buatnya..tapi tak tahula cara sebenar. Kat sini memang tak penah jumpa la. Agaknya makanan ni ada masa nak raya jer kot. Sedap di makan.. tapi tak tahan semut sukaaa sangat. Tak boleh nak letak atas meja. Ada jer semut yang datang kerumun.

Mahal rupanya benda ni erk..aku igt murah jer..beli sket tu pu dekat 4 hinggit..adala dalam 15-20 ketul.... Tapi takper la… hilang kemfunan dekat 3 tahun cari tu….

1 comment:

DeLLa said...

kat perak..kami pnggil agar2 kering..abg sy suka yg amat kuih ni..mak sy tiap2 thn buat..tp thn ni tak buat pulak..sy tak baper suka sbb manis sgt..kalo dulu2 sy la tukang jemur kuih ni hari2..