Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, September 24, 2010

2B.. BEBEL & BUSUKKKK

Bestnya hari ni dah jumaat… Semalam tanya dengan En Suami.. jadi ke tak dia nak masak nasik ayam Ahad ni…. Katanya jadi.. Dia dah mesej sumer akak abang dia….. So aku anggap benda tu jadi jer la. Pada saper-saper yang terbaca entry ini…. Aku tujukan khusus untuk kamu…. Jemputla datang umah yer…..( Padahal dah tau… takder ramai yang baca…. Hehehhe….)..Takder la… saper yang nak datang silakan….Bukan open House.. tapi lebih pada majlis untuk mengeratkan silaturahim. Kenkadang pelik jugak dengan segelintir masyarakat kita sekarang.

Tak buat open house ke tahun ni?

Naper?.. takkan nak tunggu open house dulu baru nak datang. Aku memang tak setuju dengan golongan semacam ni. Sorry la… Saper yang nak datang umah aku bebila masa jer boleh datang ..aku lagi suka… tak perlu nak tunggu open house ke...naik umah baru ker...dapat anak baru ker? . Takkan habis beras seguni..gula sekilo kalo saper-saper yang datang menziarah….Semakin tak paham dengan pemikiran masyarakat sekarang tentang konsep ziarah menziarah Ada gak yang guna alasan....

Bukan taknak datang . Takut nanti menyusahkan ko laki bini…..-

Ada gak statement gini tau.. aku nak tanya.. ko datang umah dia menyusahkan dia atau menyusahkan ko…sebab tu ko tak nak datang kan.. sebab kalo ko datang ko kena bagi duit kat anak orang tu,,, mesti jugak ko kena bawak buah tangan kat family orang tu kan… So..aku senang jer..takyah bagi seribu alasan la kalo ko tak nak datang umah orang. Sorry la..aku bukan nak tuju kat saper-saper.. tapi ini adalah hakikat sebenar masyarakat kita sekarang yang semakin renggang dalam hubungan kemasyarakatan dan kekeluargaan.. dan paling teruk ..hubungan adik beradik pun akan jadi lebih terbatas bila sikap diatas dijadikan kiblat.

Kalau aku la..orang yang datang umah aku tu takder menyusahkan langsung la. Setiap orang yang datang tu akan bawak rezeki pada kita. Takyah nak tunggu ader apa-apa acara baru nak datang umah. Dah stopp sini jer… teremo kejap.

Masuk citer baru. Semalam kat taska..

Pengasuh : Hafiy berak banyak kali hari ni..sakit perut ke aper…
Aku : Yer la kot… kat umah takder.. silap makan ke apa…
Pengasuh : Taik dia bushuk sangat…
Aku : Agak-agakla kak (dalam hati) luaran hanya tersenyummm…lantas aku pun menjawab
OOOOO… mungkin sebab dia makan petai jeruk kottttt……..


PETAI JERUK?….. terkejut diorang… petai jeruk tu aper?… rupanya diaorang tak pernah makan petai jerk…. Kenal pun idak. Aku pun cakap…

Alllaaa… petai yang dijeruk.. masam-masam masin rasanya ……

Hafiy ni sebenarnya hantu Petai Jeruk. Kisah bermula dia suka makan petai jeruk masa kat kampung hari tu. Masa mak aku bela dia 2 bulan hari tu. Kagummss bila tengok dia makan petai jeruk umpama makan bijik gajussss. Aku pun tak sampai tahap tertinggi macam tu tau….

Nak balik sini hari tu mak aku bekal 1 botol petai jeruk. Ekceli aku pun sangat-sangat suka makan ini petai jeruk tau..tapi takderla makan gaya si Hafiy tu. Kalo dengan nasik goreng memang wallaahhh la.. Kalu makan macam tu jer… ermm… tak tertelan kot … masinnn..

Memang kampung boy betul la anak aku ni. Tapi elok la jugak… at least kembang sket hati mak aku bila cucu dia ssangat-sangat suka petai yang dia jeruk. Aku agakla mesti dia bangga ader cucu yang suka makan serba serbi makanan kampung kan… kalo tak takkan dia cakap…

Oooo puas hati aku cucu aku suka makan petai jeruk ( untuk lebih nampak kepuasan hati mak aku..sila baca dalam loghat klate ok)

Ohhh.. tetiba igt petai jeruk yang enak di makan sama nasik goreng.

Psttt : Lagi parah sebab taknak datang umah si polan tu kerana dendam lama yang berpuluh tahun lepas yang takder kesudahannya...

No comments: