Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, August 11, 2010

MAKAN PETANG YANG LAST

Dah agak lama kami bercita-cita mahu cuba menu western kat kedai ini… Akhirnya ahad lepas tersinggah jugak. Awal giler pergi. Kul 5.. kami pelanggan pertama.



Semenjak 2 menjak ni kat area Bangi ni lepas satu-satu muncul kedai baru. Banyak betul kedai makan yang baru dibuka kat area sini. Aku ni biasala.. tengok macam sedap jer..terus jam-jam tu mengidam. Itulah satu perangai aku.. kalo bab makan ni tiada kompromi. Kalo dulu mana ader heran… sedap mcm mana pun makanan kat situ takder pun datang napsu nak mencuba.. ada makan..takder pun takper.. tapi lain plak cerita bila dah beranak 2. Sebab tu perut aku sekarang makin buncit..buncit dan terus membuncit.

“Awak ni makan sekarang,,, lenmacam benar.. ngap..ngap..ngap.. macam ikan Kap…”



Sesedap dia jer panggil aku ikan Kap.. dulu aku kurus kering sibuk suh makan banyak. Bila dah timbul selera nak makan banyak lain plak citernya…. Tapi takper.. misi aku nak mengempiskan perut hampir saja bermula.. hampir tu… tapi blom lagi.. Agaknya musim puasa ni lagi banyak aku makan..


Hadif yang sedikit behave..ok sket dari abang dia la... Hafiy.. nauzubillah...setiap bijik meja mau diteroka. Bila dah kena marah buat muka cembengggg......


Soo kesimpulannya… untuk Austin Western kat Kajang Impian adalah 4 bintang.. Dagingnya lembut… Sos lada hitam yang agak sedap gak. Harganya untuk Lamb Black Paper..11-90…tu promosi punya rege kot…. Kalu biasa tak tahu lah plak. Set yang Ajeed minta Mix.. sama jer ngan aku cuma dia campur ayam n daging regenya 13-90… sooo ok la..takder mahal sangat dan rasanya pun ok… Bolehla saper-saper yang nak mencuba…yang penting deco..deco..deco kat kedai dia agak menarik perhatian. Ala-ala country koboi gitu.


No comments: