Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, August 13, 2010

BELI LAGI

Nampak gaya hari-hari beli la macam ni. Beli pun tak sempat nak makan. Kalo balik masak maka berganda-gandalah kepenatannya. Tapi aku tetap akan mencuba.. jangan risau En. Suami…. Budget untuk bulan puasa pasti takkan lebih.

Semalam punya menu beli daging itik masak kerutuk & Ayam Percik. Sempat lagi balik umah sambung niat buat ayam masak kicap and goreng kubis yang tergendala pagi semalam akibat terbabas. Adala beli pencuci mulut sket…buah tembikai…ermmmmm. Bab buah tembikai ni aku takleh citer lebih-lebih..sebab aku memang hantu tembikai.

Kuih plak pilihan semalam adalah lompat tikam. Malam tadi aku bedal roti john dulu. Pastu terus takleh masuk nasik. Dekat pukul 10 baru terhegeh-hegeh masuk cari nasi. Terpaksa jugak makan walau sesenduk. Kan pagi ni takder tenaga plak. Walaupun nak bangun sahur..tapi takut-takut terbabas plak. Tapi nasib baikla terbangun kul 4-30 pagi tadi. Nasi dah siap masak awal-awal. Sila ambil langkah berjaga-jaga….

Apsal erk ramai benar orang suka roti john. Mungkin salah satunya kenyang dan sedap la kot. Kat tempat aku ni siap beratur lagi. Termasuk la aku. Tapi disebab napsu yang melampaui batas pemikiran aku relakan diri terhimpit dalam lautan manusia. Lupa plak apa nama kedai tu..bukan takder tempat lain..tapi aku rela bersesak kat situ..

Puasa tahun lepas sold out… tahun ni lagi la…kaya raya la tokey dia. Awal tahun lepas tauke roti john ni dengar citernya dapat Exora free…wauuuuu free tuuuuu……. masuk peraduan Mayonis katanya. Yerla org jual burger..roti john mesti beli mayonis dalam kuantiti yang banyak. So peluang untuk menang sangat la besar. Rezeki…rezeki…opssss terbabas citer pasal tauke roti john plak. Sory yer Pak Tam.. Tahun ni gerenti sold out lagi la roti john u…..

Syabas Pak Tam.

Psst : Sepatutnya entry bergambar..tapi lupa nak transfer la….

No comments: