Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, April 8, 2010

PENCURI YANG MALANG



Sebelum citer pasal pencuri citer pasal ni kejap. Sedih jer rasa pagi tadi bila hantar Cik Sue Hadif kat Hentian Kajang tadi. 3 bulan bersama kami… banyak kenangan telah diciptakan. Lepas ni takder la peneman aku nak kuar berjimba. Biasa kalo Ajeed ada kerja dia yang tukang bawak keter. Rasa mau nangis kejap (mataku dah mula rasa berkaca)

Banyak benda aku pikir sekarang.. Biasa balik kerja aku hantar Hafiy dulu.. baru ambik Hadif.. masa tu dia ada.. dia takder hari ni camner erk?… nampaknya betul-betul menuntut aku supaya mencurahkan segala pengorbanan demi anak-anakku.

Sepanjang 3 bulan kat sini dia banyak membantu aku. Bila dia takder.. nampak gaya tinggal kami berempat selepas ni…. Waaaaaaaaa…sedihla. Bila lagi dia nak datang sini… mintak² dia dapat sambung belajar area sini.. biar dapat dia jumpa kami setiap minggu..

Tinggal la citer sedih ni kejap…

Aku nak citer pasal pencurik yang malang petang semalam. Semalam Ajeed ada masa untuk balik awal.. dengan penuh excitednya dia memulakan ceritanya.

Ajeed : Bengkak tangan saya wak….
Aku : Naper…naper bengkak wak?
Ajeed : Saya tumbuk org. Tumbuk pencuri..

Aku : Haahhh.. camner citer tu…?

Dia pun citer la masa dia tgh tgk² bawah keter dia..ntah minyak bocor ker aper.. dia dengar bunyi org menjerit suh tangkap pencuri. Masa tu pencuri tu baru jer melintas depan dia.. agak² dah terlepas la… dengan pantas kilat dia bangun kejar pencurik tu sekali.. tapi kejar dgn motor. Dah sampai kawasan flat..tetiba pencurik tu hilang tanpa jejak.

Dah hampir putus asa mencari tetiba dia nampak kaki kat bawah van.. laaaa. Dia menyorok kat bawah tu.. Apalagi terus terkam la.. kawan dia bagi sebijik kat muka maca sepak bola. Dia plak bagi 2 bijik penumpuk kat muka..hambik kooo…. Padahal tak tahu hujung pangkal curik apa… dah bagi 2 bijik kat muka baru dia tanya org tu curik apa….

Mintak maaf ..mintak maaf banggg..tak buat lagi…. Ajeed cakap kesian la plak dgr dia mintak maaf…

Kamu nak curi apa?

Duit syiling jer bang..dalam keter…nak makan takder duit

Aku tak caya kalo duit siling.. ko mat pet yer…


Tak bang….


Hahhaa…gitulah diolog antara Ajeed ngan pencuri malang tu. Secara ringkasnya..
Dah agak lama sikit..datanglah abang yang keternya nak kena pecah tu.


Hahh.. tangkap dia.. bawak gi balai…

Mintak maaf..mintak maaf tak buat lagi….

Ahhh takder bawak di gi balai…


Nahhh sebijik lagi dengan lutut plak… adussss…..


Lenkali aku taknak tgk muka ko kat kawasan sini….kalo aku nampak siap ko.. nasib baik ko tak sempat curi..kalo sempat… mmg dah pecah muko ko aku tumbokkk…

Bangggg…. Dia nak ambik apa sebenarnya..

Dia nak ambik beg duit isteri aku..

OOOO…bukan duit syiling..rupanya nak curik beg duit…

Nahhhh…ambik ko sebijik lagi …

Tak pasal-pasal kena kuda plak… aku agakla gerenti malam tadi tak dapat tido lena.. mesti sakit-sakit badan punya.... tu la....sape suh ko cuba-cuba nak mencurik… last-last..duit tak dapat…tapi sakit yang ko dapat…

3 comments:

prema said...

hahaha.. padan muka.... :D

ita cutevirus said...

ui...
berani betok ajeed acik anie ni..
bagus... tp, bawak gi balai tak??
kalo ita bawak je gi balai..

Cik Anie said...

prema- mmg padan muka dia.. sempat lagi nak curik..

Ita- tak bawak sebab dia tak sempat nak ambik....kalo dia dah ambik rasanya mau ke balai jugak kot