Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, February 19, 2010

EMOSI PETANG JUMAAT

Kalo nak beremosi petang-petang jumaat gini best jugak.. sambil dengar lagu² otai Elton John...Lentok baikkkkk punyaaaa.

Saper ader tgk SEMANIS KURMA semalam. Rancangan bual bicara yg dikelola oleh pasangan ikon terkenal tu. Aku memang salah seorang penonton setia rancangan bual bicara ni, sebab tajuk² yang dibualkan memang kena benar dengan masyarakat kita hari ni.

Contoh malam tadi pasal kisah anak derhaka. Teringat-ingat lagi kata-kata Ustazah tu... BALASAN UNTUK ANAK DERHAKA AKAN DIBAYAR CASH MASA KAT DUNIA LAGI. Akhirat toksah citer la..memang sedia menunggu. Satu lagi..doa anak derhaka takkan dimakbulkan.. takut jer bila mendengarnya. Yg paling buat aku takut bila dia cakap ayat yg paling last... anak-anak kepada anak derhaka ni akan buat macam tu jugak pada dia bila dia dah tua...(errmm mcm pelik jer bunyi)..tapi gitulah yg Ustazah tu cakap.

Yang paling memberi kesan pada aku mengenai topik semalam ni bila dia cerita pasal kisah benar yg betul² terjadi pada zaman moden ni. Kisah ibu tunggal beranak 5.. berjaya mendidik ke semua anaknya hingga berjaya menjadi golongan profesional. Alih-alih bila maknya dah sakit terbaring atas katil..sorang pun tak nak jaga..masing² ader alasan tersendiri. Bila maknya terdengar rungutan si anak tadi.. ibunya menitiskan airmata kesedihan. Last² ke-5 anaknya tadi mengambil kata putus untuk memindahkan ibunya ke rumah sewa kat bandar yg agak dekat dengan mereka ber-5 tadi. Dengan berat hati maknya meninggalkan rumah penuh kenangan bersama suami dan anak² nya sewaktu mereka kecil dahulu.

Tapi bila sampai umah yg di sewa anaknya tadi lain plak jadinya. Bukan mereka ber-5 yg menjaganya .. diupahnya org gaji untuk jaga makan minum mak dia. Sedihkan.. kerja mereka lagi utama dari mak yg menbesarkan mereka. Org gaji tu plak jaganya macam opis hour. 4-30 dah balik..selepas masak, buat minuman dan tukar pampers... bayangkan dalam masa 5pm hinggala ke pagi besoknya mak mereka sorang diri terbaring atas katil. ...mcm mana kalo masa tu org tua tu nak makan . .. terpaksalah jamah yg dah sejuk..

Satu pagi tu cam biasala org gaji datang nak tukarkan pampers.. tapi bila dah sampai dia hanya melihat org tua tu dah kaku atas katil..dah meninggal tanpa seorang anak berada disisinya disaat dia memerlukan... aduuuus aku tak dapat bayangkan...masa ni takder guna lagi anak² nak meratap meraung kat mayat ibunya. Berdosa plak..

Ermmm.. aper yg korang rasa... saper yg kejam dalam bab ni.. soo hukuman bagi mereka yg saanggup buat mak mereka mcm ni memang adil la...NAUZUBILLAH.. mintak jauh dari segala dosa sebegini.

Sooo sekadar berpesan-pesan dengan kebenaran.. balik la.. jengukla org tua kat kampung walau sekejap.. senyuumlah dengan penuh kasih sayang... genggamlah tangan ibu kita dgn penuh erat.. kerana masa tak akan menunggu kita... kalo dah pandang ibubapa kita pun dah satu pahala..apalagi senyum... peluk cium lagi la besar pahalanya...

"Ya Allah Kau tetapkan hati dan imanku.. Jauhkan aku dari sifat² anak derhaka.. Kau berilah keberkatan dalam hidupku.. Kau berikanlah kebahagian dunia dan akhirat kepada ke-2 ibu bapaku,, ibubapa mertuaku..kepada kami semua..manusia yg lemah lagi jahil. sesungguhnya Engkaulah yg memiliki zat yg maha agung"

Rabbir Firli Waliwa Lidayya Warhamhuma Kamarobbayani Songirro

Sekian dari Ustazah Dato' Norani...(kasi can feling ustazah jap)

2 comments:

Ena said...

memg bagus la ceramah ustazah norani arinie.. hehe3x..
netul tu cik anie, jgn sesekali kite abaikan ibu bapa.. harap kite x tergolong dlm golongan org2 durhaka

Cik Anie said...

ena.. mana yg baik kita share sama2 yer tak?