Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, March 27, 2009

Bahaya Sedut Lemak

Korang baca artikel kat bawah. Aku kenal dia ni. Dulu kerja 1 tempat ngan aku.. Tinggak area kajang... Ngeri plak aku baca.. Pada yg teringin nak kurus tu takyah berangan la ko na sedut lemak... bahananya... ginilah...


KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam.



Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.
Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.
Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.
"Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.
"Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,'' katanya.


KLINIK sedut lemak di Ampang yang memberi rawatan kepada Noraini sebelum wanita itu meninggal dunia semalam.



Setahu aku dia bukan gemuk sgt pun.......... terlalu obses nak kurus.....
Rupanya laki dia tak tahu dia buat rawatan ni.. kira ni kes mati mengejut nih... mungkin laki dia nak saman kalo jelas pihak klinik yg cuai. Kesiannya... anak kecik lagi... 3 org plak tuh...
Apapun AlFatihah kita sedekahkan utk arwah.. ajal dia dah mcm ni..

8 comments:

arpeggios said...

ngerinyer... sanggup bersusah payah nak cantik punya pasal..

Cik Anie said...

tu la.. ajal dia mati mcm tu...

nenekrock said...

alaa
ye ke
cmno nak sedut lemak kek peha ni haa
kak tolong sedut haks
=D

JIVEBUMZ said...

mak ai beraninyaaaa dia tapi apa nak kata dah sampai masa dan ketika bertemu ajal akhirnya...

[-suziey-] said...

moral of the story..syukurla dgn ape yg ade..

Cik Anie said...

senang jer... meh sini.. bak straw skali... hehe

Cik Anie said...

ila- tu la.. ajal dia nak sampai.. saper sangka. betul kata suziey tu.. syukur dgn anugerah yg tuhan bagi kat kita.. lagipun tembam itu kan menawannn...

Ross Safina Hor said...

Sedihnya...kepada sesiapa yang ingin sedut lemak tu, better think properly. Nanti anak-anak menjadi mangsa dan merana hidup tanpa kasih seorang ibu.

Kalau dah buntu sangat, join kelas Mikross saya. Mana ada "short cut" untuk tampil kurus.

Kalau benar ada produk yang boleh membuatkan kita menjadi kurus,seksi dan menawan tanpa senaman dan diet yang betul, tau tak siapa akan cuba dulu?

Tentulah our First Lady dah kurus dan seksi. Selagi beliau nampak gemuk dan pendek, jangan percaya dgn semua nonsense ini.

Apa-apa pun mari kita sedekah pd arwah Noraini Al Fatihah. Semoga ia tenang dan dirahmati Allah SWT. Semoga anak-anaknya dilindungi Allah SWT.